PENGENALAN

Nama Rasmi : PERSATUAN ALUMNI POLITEKNIK SHAH ALAM

Nama Ringkas : ALUMNI PSA

Tarikh Penubuhan : 06 September 2001

Matlamat Utama :

Membentuk jaringan perhubungan antara alumni PSA bersama kesemua Alumni Politeknik KPTM bagi tujuan pembangunan diri dan kerjaya serta akedemik dan juga merupakan langkah untuk menghimpunkan profil Alumni bagi membentuk pangkalan data berkenaan status semasa alumni seperti kerjaya dan tahap pencapaian.

Matlamat Lain :

  1. Bertindak sebagai wakil kepada semua bekas pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) untuk mewujudkan hubungan harmoni antara pihak politeknik dan bekas pelajar.
  2. Membantu menjalinkan persahabatan dan komunikasi berkekalan di antara ahli-ahli Persatuan Alumni PSA, Alumni, Alumni PSA, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dan pihak Jabatan Pengurusan Politeknik KPTM.
  3. Memupuk, mengekalkan dan menjalinkan hubungan yang baik di antara semua bekas pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  4. Menggalakan kegiatan-kegiatan sosial dan amal kebajikan untuk ahli-ahli atau untuk orang perseorangan atau badan-badan atau persatuan-persatuan atau institusi-institusi yang mana Jawatankuasa merasakan perlu.
  5. Untuk menganjurkan kegiatan-kegiatan sosial, sukan, kebudayaan, kerohanian, kebajikan, bimbingan dikalangan alumni Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).
  6. Menjalankan, menaja atau mengadakan apa jua seminar, dialog, konvosyen atau perkara-perkara ilmiah yang bersangkutan dengan kepentingan ahli-ahli persatuan.
  7. Mempromosikan graduan PSA melalui rangkaian hubungan dengan industri seperti dialog, ceramah, seminar, dan forum.
  8. Untuk Mengumpulkan maklumat dan mengedarkannya kepada semua alumni agar dapat berhubung antara satu sama lain
  9. Untuk mempertingkatkan lagi imej Persatuan Alumni PSA dan menawarkan bantuan bimbingan kerjaya kepada ahli yang masih belajar dan graduan PSA
  10. Menjadi saluran rasmi yang boleh mewakili ahli-ahli alumni untuk disampaikan kepada pihak pengurusan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  11. Merangka dan merancang program-program pembangunan ahli alumni PSA secara jangka panjang dan menyeluruh
  12. Menjalankan aktiviti berbentuk perniagaan dan ekonomi secara sah atas nama Persatuan, seterusnya keuntungan dapat digunakan untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan matlamat penubuhan Persatuan Alumni PSA.

Visi dan peranan :

  • Mempromosikan graduan PSA melalui rangkaian hubungan dengan industri.
  • Mengembeleng kepakaran alumni PSA bagi melahirkan graduan berkualiti serta berdaya saing.
  • Platform pertemuan alumni PSA.
  • Menjalankan, menaja atau mengadakan apa jua jenis seminar, dialog atau wacana ilmiah yang bersangkutan dengan kepentingan alumni.
  • Menjadi saluran perhubungan rasmi alumni dengan pihak pengurusan PSA.
  • Merangka dan merancang program pembangunan alumni.

Faedah keahlian :

  • Menjaga kebajikan alumni seperti menjalankan kutipan ketika berlaku musibah.
  • Berpeluang untuk melebarkan jaringan perniagaan alumni sekiranya alumni tersebut seorang usahawan
  • Maklumat pekerjaan, perniagaan dan sambung belajar.
  • boleh menggunakan kemudakan di PSA.
  • Peluang menghadiri seminar, dailog kerjaya atau sebarang aktiviti untuk pembangunan diri alumni.